NADI X ENTERPRENEUR : Strategi Mengurus dan Mengukur Keberhasilan Pemasaran yang Efektif untuk Bisnes Anda! (Modul 4)
10 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09 Oktober 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR : Strategi Mengurus dan Mengukur Keberhasilan Pemasaran yang Efektif untuk Bisnes Anda! (Modul 4). Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:00 petang. Tujuan Podcast ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai cara untuk menggunakan sistem kalender kandungan. Seterusnya, Encik Hanafi Shahrin memberi tips untuk sediakan posting hari perayaan atau penting dengan awal seperti Selamat Hari Raya, Merdeka!, Merdeka, Happy Diwali dan Gong Xi Fa Cai. Selain itu, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai pemasaran digital yang perlu dijaga secara konsisten dan berterusan. Akhir sekali, Encik Hanafi Shahrin memberi penerangan mengenai objek dan keberhasilan seperti kesedaran untuk mencapai 10000 pelanggan dalam satu bulan, minat dan keinginan seperti 2000 penglibatan melalui likes, comments dan shares dan tindakan, contohnya 100 pelanggan membuat pembelian dalam 1 bulan.
Dengan adanya Podcast seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Strategi Mengurus dan Mengukur Keberhasilan Pemasaran yang Efektif untuk Bisnes Anda. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: